Zoë Kravitz
Zoë Kravitz

Zoë Kravitz

Zoë Isabella Kravitz (lahir 1 Disember 1988)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Amerika. Beliau ialah anak kepada pelakon-pemuzik Lenny Kravitz dan pelakon Lisa Bonet. Beliau terlibat dalam sejumah filem seperti No Reservations (2007), The Brave One (2007), dan memegang watak sebagai Angel Salvadore dalam filem X-Men: First Class (2011). Kravitz memegang watak Pearl dalam siri televisyen Californication musim keempat yang disiarkan di Showtime. Beliau juga membintangi filem After Earth bersama Will dan Jaden Smith arahan M. Night Shyamalan.